Skip to main content

PART TIME DI PIZZA HUT

Inilah restoran yang aku pernah kerja dulu tapi sekarang dah bertukar wajah 

                                                   

Halooo, penduduk bumi yang sedang membaca! Welcome to my first entry. Hehehehe.. Alright, so now aku nak cerita serba sedikit tentang pengalaman aku sebagai part time pizza hut dimana ini adalah kerja pertama yang aku dapat selepas habisnya SPM. 

Tapi kenapa pilih Pizza Hut ya? Sebab tu je yang paling dekat. Maklumlah muda muda dulu aku ni species tak keluar rumah dan penakut gituuu. Aku tahu sampai sekarang pon masih ada segelintir orang yang masih keliru dan sangka Pizza Hut ni sebuah restoran fast food. Yaa!! Dengan bangganya itu ada lah salah! Hahahahaha. Ini kerana proses untuk membuat pizza makan masa selama 10-20 minit tau. Jadi, korang rasa lama tak ? Itu kalau tak busy. Kalau busy, mau nya nak dekat 1 jam baru food yang korang order tu sampai. Kihkihkih..

Selain itu, pizza hut ni terdapat dua jenis ya. Satu dikenali sebagai PHD (Pizza Hut Delivery) - memang khas untuk delivery dan take away sahaja. So, kalau korang nak datang situ duduk duduk lepak minum agak tak sesuai lah sebab ianya bukanlah sebuah restoran yang menyediakan servis untuk customer selain daripada cashier. Satu lagi pula ialah, PH Restoran. Ha ni lah tempat yang aku minta kerja ni. 

Okay, disebabkan aku ni tak pernah kerja kat mana mana sebelum ni, jadi perasaan nervous tu sangat lah tinggi. Dengan berteman nya seorang kawan baik, aku terus minta kerja kat sana. Tanya bahagian cashier, ada kerja kosong tak? Dia pon cakap tunggu sekejap dan ambil borang kerja kosong yang aku minta. 

Selesai je aku isi borang tu, manager pizza hut atau dia gelarkan diri dia Kak Raynu (India) interview la aku. Disebabkan aku ni hanyalah lepasan SPM dan tiada apa apa pengalaman bekerja, jadi dia lebih kepada tentang overview untuk tugasan apa yang aku kena buat sepanjang aku bekerja nanti. 
Apa je yang dia bagitahu??? 

Okay.. Antara yang dia bagitahu dan tanya  ialah.. 
  1. Nak position part time atau full time? 
Aku time tu mintak part time je. Dan gaji untuk part time sangat lah menyedihkan iaitu rm4. 25 sahaja per jam. Kalau full time tak silap aku rm1000 kot starting dia. Sorry, tak ingat hehehehe.. 

  1. Korang akan diletakkan bahagian yang tak cukup orang. Either FOH (FRONT OF HOUSE -  DINING AREA) atau BOH (BACK OF HOUSE - KITCHEN) 
Time tu tak cukup orang kat bahagian FOH atau dipanggil service lah dan disebabkan aku ni seorang perempuan memang automatic nya masuk bahagian service. If korang lelaki, dan mempunyai lesen, korang akan terus jadi rider ya.. Yang hantar - hantar pizza ke rumah orang tu haaa. Kalau tak, terpulang lah pada manager tu sendiri nak bagi korang position yang mana satu. Tapi setiap pizza hut yang aku pergi memang pekerja kitchen dia semua nya mesti ada foreigner la. Dalam 2 hingga 3 orang jugak la. Jadi, selamat beramah mesra ya. Jangan gaduh gaduh hahaha. Kalau korang nasib baik dapatlah yang pandai cakap melayu. Kalau tak improve la english communication korang dengan speaking dengan diorang, okay?

  1. Working hours korang macamana. 
Untuk restoran ditempat aku, mula beroperasi dari jam 11. 00 a. m sehingga 10.30 p. m. Setiap tempat, lain lain ya business hour mereka. 

  • Dine in - 11.00 am - 9.30 pm 
  • Take away - 11.00 am - 10.30 pm
  • Delivery - 11 am - 11pm

So.. Bagi pekerja disana, korang akan diberi 3 shift. Antara shift nya ialah :-

  • Morning shift - 10am - 6pm
  • Middle shift - 12pm - 10pm (break 2 hours) /12pm - 6pm
  • Night shift - 4pm - 12am 
Okay, kebiasaan pekerja part time disini manager akan korang shift 6 jam sahaja ya. So, bayangkan betapa sikitnya la nanti duit yang korang akan dapat untuk sehari ditambah pula akan ditolak dengan epf dan socso. Melainkan kat situ memang tak cukup staff, memang korang akan diberi ot. Aku pernah masuk opening sampai closing (10am-12am) tapi dapat rehat 2 jam lah. Agak barai jugaklah.

  1. Thyphoid injection. 
Untuk semua pekerja di restoran atau mana mana saja kedai makan, anda semua diwajibkan untuk mempunyai suntikan thyphoid. Suntikan ni memang khas untuk orang yang mengendalikan makanan sebab anda semua berisiko untuk membawa penyakit kepada pelanggan ya. Jadi mana mana restoran yang didapati pekerja nya tidak ada suntikan thyphoid akan dikenakan denda. Korang pergi je buat, nanti boleh claim duit korang balik, so don't worry okay. Sebab kalau buat kat luar agak mahal la dalam rm 70 tak silap aku. 

  1. Cuti
Berkenaan dengan cuti, pekerja disana hanya diberikan cuti seminggu sekali sahaja. Ianya bergantung kepada busy atau pon tidak tempat korang. Dan, kebiasaannya mana mana tempat pon akan busy start hari jumaat, sabtu dan ahad. Jadi harapan untuk dapat cuti hari tersebut agak tipis la kecuali ramai staff kat sana. 

  1. Rules Pakaian
Untuk pekerja baru, korang kena pakai tudung hitam dan masukkan dalam baju yaa. Baju tshirt hitam kosong kena tuck in, seluar hitam dan kasut hitam. Pendek cerita, dari atas sampai bawah semuanya hitam lah. 
Aksesori semua tak dibenarkan termasuk lah jam tangan dan cincin. Kenapa? Akan diterangkan bila korang pergi kelas food handler training. 

Pakaian untuk staff pizza hut memang akan disediakan, tapi bukan bermaksud percuma ya. Untuk gaji bulan pertama korang akan terus dipotong sebanyak RM50. Setiap seorang pekerja akan diberikan 2 helai baju dan 2 helai apron. Tapi, itu pon kalau bernasib baik sebab biasanya apron diorang suka bagi satu je. Jujur ni hahahaha walhal RM 50 korang tetap akan ditolak masa gaji pertama korang. Tapi, jangan lah cuak pulak ingat kena beli ke apa. Korang dibenarkan untuk claim balik duit RM50 korang setelah tamatnya perkhidmatan korang disana dengan syarat sila pulangkan semula uniform yang diorang bagi, okay. 


Haaaa, bukan di Pizza Hut je tau, mana mana restoran atau cafe pon kebanyakannya menggunakan prosedur yang sama je.


  1. Gaji
Kebiasaannya gaji akan dibayar sebulan sekali dan berbeza jika korang part time atau full time. Tapi gaji full time, memang akan keluar dulu lah dan selang beberapa hari baru gaji part time keluar. Gittteww.

Okay, macamana pulak kalau korang kerja masa public holidays? Okay, kebanyakan restoran akan ambil 11 hari untuk public holidays. Jadi, semua public holidays yang korang tengok kat kalendar tu terpilih ya. Sebabnya, gaji korang bila bekerja disini akan dinaikkan 3 kali ganda untuk setiap jam korang bekerja. Contohnya :

4.25 per jam x 3 = 12.75 

Jadi, untuk satu jam korang akan dapat RM12.75. So, darab lah dengan berapa korang kerja untuk satu hari tu. Dan kebanyakan manager kalau sampai je public holiday dia akan bagi korang kerja 6 jam je tak pun time tu lah dia nak letak off day nya, untuk cut labor cost gituuu. Ada sesetengah cuti public pula akan digunakan untuk claim cuti. Maksudnya, korang tak akan dibayar gaji lebih tapi akan claim cuti korang tu untuk cuti pada hari lain. Paham.. kah

Tapi, walau apa pun, silalah tanya pada manager korang untuk kepastian yang lebih mendalam. 


Jadi begitulah serba sedikit yang korang patut tahu apabila minta kerja part time. Oh! ya, lain orang lain pengalamannya jadi tak semua apa yang aku sampai kan disini benar belaka ya. Tapi, aku harap segala info yang aku tulis ni membawa lebih pencerahan kepada sesiapa yang memerlukannya.

Ehem!! So? Sampai disini sahaja perkenalan kita tentang apa yang korang perlu tahu dan serba sedikit pengalaman yang aku ada ni untuk dikongsi bersama. Insya Allah, kalau aku ada mood nak sambung tentang kisah sebagai pekerja part time di restoran pizza ni nanti kanlah ya..






Comments

  1. Tpi tempat saya, manager kate sejam RM6

    ReplyDelete
  2. Hai...kalau kerja sebagai assistant manager trainee berapa lama kerja dia yaa??

    ReplyDelete
  3. Masa interview x payah bawak apa apa document kan?

    ReplyDelete
  4. Hhahaha aku ni belajar kimpalan, cari kerja and sambung belajar tak lepas. Ada terlintas nak mai kejo pizza tapi bahagian buat pizza hahhaah. Ui na apa la bad luck aku ni,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe..oklah tu..aku dulu keje part time buat pizza kat dominos..senang je buat pizza ni..cuma ko kena banyak ingat bahan2 yg diletakkan dlm pizza tu lh...mcm dominos bnyk pizza ko kena ingat..berpuluh2..kalau pizza hut sikit je sebab abg aku dulu ada keje pizza hut dia ckp sikit je pizza yg ko kena buat sebab pizza hut tak bnyk pilihan pizza beza ngan dominos

      Delete
    2. Hshhshshs sama la, aku now pun otw nak kerja pizza. Berserah jela aku 🤣

      Delete
  5. umur berapa bru boleh kerja d pizza

    ReplyDelete
  6. Baju mmg kena tuck in dalam ke? Atau boleh je lepas luar

    ReplyDelete
  7. Gaji skrng berapa eh sejam kalau part time ?

    ReplyDelete
  8. ada potongan kwsp atau socso ke sebab saya kerja 10 hari 4 jam je first month tapi gaji masuk rm66 je

    ReplyDelete
  9. hai sis saya nak keja boleh ka saya dah la cari kerja umuq baru masuk 18 boleh ka saya buat part time kt pizza sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je sis, pergi kat cashier , tanya ada kerja kosong tk. Kalau ada nnti staff akan bagi borang

      Delete
  10. Good sharing...aku pulak baru2 ni kerja dekat dominos tpi yg deliver punya...mmg barai dah la staff tak ramai kena ot je laa...and of course musim pkp ni ramai sangat customer...hihi dlu pernah jadi budak kitchen dgn cashier jew

    ReplyDelete
  11. hi sis seluar tu seluar keras ke apa? seluar jeans boleh tak? n tuck in tu time sampai pizza tu ke dari rumah dah kena tuck in?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, blh pakai seluar jeans. Asalkan hitam. Terpulang kalau nak tuck in dari rumah atau time dah sampai store, blh je mana-mana. Sebabnya, pekerja akan disuruh grooming masa awal-awal sampai store (which is basuh tangan, pakai apron, and kemas-kemaskan baju)

      Delete
  12. hi sis, seluar tu seluar slack ke seluar jeans pon boleh? sbb saya nak beli tapi confius. n time nak masuk kerja tu memang dah kena tuck in awal awal ke sampai pizza tu baru tuck in baju?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut pada tempat.. tk semua outlet sama. Kitorg tk kisah seluar apa janji hitam. Tuck in tk wajib bagi kitorg kat sini. Lagi elok tuck in la.

      Delete
  13. Awak nak tanya, kalau bahagian service tu macam mana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. service tu FOH la front of house. anything aspect yg jumpa pelanggan. sort order pizza lepas keluar drpd oven, bungkus pizza bagi kat grab/panda, buat air utk dine in customer, jd cashier, kemas meja lepas customer makan, serve makanan, buat mushroom soup, kalau opening kena mop dining area, bawak turun kerusi, kalau closing kena washing pinggan mangkuk, clean n kemas station air tu, station mushroom soup, angkat kerusi naik atas meja. itu je la rasanya

      Delete
  14. Harrah's Philadelphia Casino - Missouri City - MJH Hub
    Experience 충청북도 출장마사지 a hotel and 보령 출장마사지 casino vacation in M life Rewards: Harrah's Philadelphia Casino is 충주 출장마사지 your best 강릉 출장안마 bet! Click to enjoy this exclusive promotion, 계룡 출장마사지

    ReplyDelete

Post a Comment